Terima Kasih Yayasan Pak Rashid – Syahirah Adenan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Terima kasih Yayasan Pak Rashid – Syahirah Adenan

Terima kasih Yayasan Pak Rashid – Syahirah Adenan

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Foto : Afif Farhan Nazri 

 

SERDANG, 20 Mac – Majlis Konvokesyen UPM Kali ke-45 berlangsung dengan meriah namun pematuhan kepada Standard Operasi Procedur (SOP) berada pada tahap yang terbaik. Ibu bapa dan keluarga akur apabila hanya graduan sahaja yang dibenarkan berada di dalam dewan. Pada hari kedua konvokesyen melihatkan seramai 774 graduan menerima ijazah masing-masing.  

Bagi Saudari Nur Syahirah Adenan, Bacelor Sains Kesihatan dari Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan, yang merupakan Alumni kelas 2021, hari ini adalah hari yang teristimewa baginya. 

“Penat lelah selama ini rasa berbaloi. Apa yang saya boleh katakan ialah para graduan perlu terus menjaga nama baik UPM dan bermula hari ini kami adalah alumni UPM dan pastinya impian saya dan juga rakan-rakan yang lain adalah ingin kembali berbakti kepada UPM tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. 

“Terutamanya saya sendiri selaku penerima biasiswa alumni iaitu Yayasan Pak Rashid, saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus menjaga nama baik penaja dan juga UPM. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni dan Yayasan Pak Rashid kerana banyak membantu saya terutamanya dari sudut kewangan dan sokongan moral sepanjang pengajian saya. 

“Semua itu saya amat hargai dan tidak boleh saya nafikan dengan biasiswa ini juga telah membuka jalan yang luas untuk saya kerja cita-cita saya. Hari ini saya buktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. SAYA BANGGA MENJADI ALUMNI UPM dan terima kasih YPR!” ujarnya mengakkhirinya perbualan. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudari Nur Syahirah Adenan dan terus kejar impian dan cita-cita. 

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 17/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYWAD~