Terima Kasih Selamat Pagi Malaysia | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Terima Kasih Selamat Pagi Malaysia

Terima Kasih Selamat Pagi Malaysia

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

KUALA LUMPUR – 24 September 2021, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, telah dijemput menjadi tetamu untuk slot Selamat Pagi Malaysia di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi mempromosikan sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Bual bicara selama 30 minit itu secara langsung membuka peluang untuk UPM dan juga ARCUPM untuk menguar-uarkan mengenai sambutan yang sedang berjalan. Jika mengikut kepada perancangan asal, sambutan bakal berakhir pada Disember 2021, namun dilanjutkan hingga Disember 2022 atas faktor pandemik Covid -19 yang masih melanda negara. 

Pelanjutan ini sekaligus memberi peluang khasnya kepada ARCUPM selaku sekretariat penganjur untuk sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) pada kali ini, untuk meneruskan acara dan agenda yang telah dirancang awal. Antara acara yang bakal dilangsungkan ialah, Majlis Makan Malam Amal Sireh Pulang ke Gagang @ Homecoming XI Tahun 2021 sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM. 

Pada sesi ke udara bersama RTM tempohari, Prof. Dr. Roslan Sulaiman selaku Naib Canselor UPM sempat mengimbau sejarah awal penubuhan UPM sebagai sebuah universiti sehingga hari ini telah banyak mencipta kejayaan dan kecemerlangan. 

“Pada awal penubuhannya, UPM hanyalah sebuah Sekolah Pertanian yang ditubuhkan pada tahun 1931. Kemudiannya dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian. Pada tahun 1971 sekali lagi dinaiktarafkan kepada sebuah univerisiti yang dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia. Dan sambutan 50 tahun UPM ini adalah berasaskan kepada ianya sebagai sebuah universiti. Memang fokus utama UPM adalah dalam penyelidikan pertanian sebagai sebuah menara ilmu yang menerokai ilmu baru bagi memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia. Malah dalam segala pengiktifaran yang kami perolehi ia adalah sebagai satu suntikan semangat kepada seluruh warga UPM terutamanya kalangan penyelidik untuk terus membuat penyelidikan yang berfokuskan kepada pertanian yang boleh membawa kepada satu evolusi baru dalam pertanian yang berteknologi tinggi yang boleh membawa kepada peningkatan ekonomi di Malaysia,” ujar beliau. 

Manakala bagi Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud pula, sambutan 50 tahun UPM ini merupakan satu perjalanan yang panjang untuk meraikan dan membawa kembali khususnya alumni kepada alma mater untuk sama-sama melihat kecemerlangan UPM itu sendiri. 

“Dalam menyambut sambutan ini kami telah pun merangka program iaitu program induk dan juga program-program di peringkat Pusat Tanggaungjawab (PTJ) itu sendiri. Secara keseluruhannya kita ada 23 program induk yang menjurus kepada bidang-bidang pertanian dan juga perkongsian-perkongsian daripada PTJ untuk kita angkat untuk dikongsi Bersama pihak luar demi memberitahu bahawa UPM ini sebagai institusi untuk membantu masyarakat serta jadikan UPM sebagai menara ilmu yang dapat berkongsi ilmu dan manfaat bersama komuniti. 

Antara program yang telah disusun ianya dimulakan dengan Naratif Naib Canselor yang seterusnya membawa kepada lima strategik untuk mengangkat UPM sebagai satu menara ilmu yang cuba berkongsi manfaat terutamanya dalam bidang pertanian. 

Satu lagi program yang telah pun berjaya kita laksanakan ialah UPM Alumni Golden Fit. Ia adalah satu aktiviti kecergasan maya yang kita sesuaikan dengan keadaan pandemik pada hari ini. Melalui program ini kita telah berjaya mengumpul 6,203 penyertaan daripada alumni dan berjaya mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dan ini adalah satu kejayaan yang besar yang dapat dicapai. 

Lebih bermakna lagi daripada program ini kami dapat mengumpul pendanaan untuk tujuan biasiswa daripada alumni dan dari sinilah peluang dan ruang untuk sambutan 50 tahun ini digunakan untuk membawa alumni kembali kepada alma mater. 

Ini juga salah satu cara untuk alumni bersama-sama pihak pengurusan universiti dan melalui sambutan ini satu kata kunci yang kami gunakan ialah ‘Kami Bangga Menjadi Alumni UPM’ akan kita semarakkan dan akan dilaksanakan,” ujar beliau. 

Dan pastinya sepanjang perjalanan UPM ini juga, seluruh warga UPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang juga menyumbang jasa dan bakti mereka dalam berkongsi setiap program dan pencapaian UPM menerusi saluran masing-masing kepada masyarakat luar. Tanpa sokongan dan kerjasama pihak media, ianya sukar untuk diuar-uarkan kepada komuniti. 




Tarikh Input: 08/11/2021 | Kemaskini: 01/12/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEURAW~