Terima Kasih Penaja Soh Kim Mee Dan Pusat Perhubungan Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Terima Kasih Penaja Soh Kim Mee dan Pusat Perhubungan Alumni

Terima Kasih Penaja Soh Kim Mee dan Pusat Perhubungan Alumni

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 20 Mac – Hari kedua konvokesyen menyaksikan seramai 774 graduan yang menerima ijazah masing-masing. Kesemua graduan ini secara langsung sudah bergelar alumni kepada Universiti Putra Malaysia. Segala pengorbanan yang dilakukan selama ini berbaloi apabila sudah berjaya menggenggam segulung ijazah kebangaan keluarga dan juga universiti. 

Bagi Saudara Mohamad Ariff Fikri bin Ali, Bacelor Sains Pertanian dari Fakulti Pertanian, ini adalah saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Beliau yang juga penerima biasiswa alumni iaitu Biasiswa Soh Kim Mee mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja dan juga kepada Pusat Perhubungan Alumni yang banyak membantunya dalam mendapatkan biasiswa daripada alumni. 

“Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat illahi, kerana dengan izin-Nya saya terpilih untuk menerima penajaan biasiswa sepanjang pengajian di UPM. Dengan biasiswa yang diterima ini sebenarnya banyak memberi erti kepada saya dalam perjalanan menggenggam kejayaan pada hari ini. 

Bantuan biasiswa ini sebenarnya banyak meringankan beban keluarga dan mereka boleh menarik nafas lega kerana segala keperluan pengajian saya di sini dibiayai sepenuhnya oleh penaja iaitu Biasiswa Soh Kim Mee. 

Saya amat berterima kasih kepada pihak penaja, dan selaku penerima biasiswa alumni, satu hari nanti saya juga akan kembali berbakti kepada UPM tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. Apa yang penting slogan #darialumnikepadaupm itu akan kami semarakkan menjadi kata azimat yang menyemarakkan lagi kebersamaan alumni dalam menjayakan visi dan misi Universiti dan kami bangga menjadi alumni UPM,” akhirinya.

Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 07/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaTAV~