“Terima Kasih Biasiswa Soh Kim Mee” – Muhammad Syazwan Mohd Sofian | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » “Terima kasih Biasiswa Soh Kim Mee” – Muhammad Syazwan Mohd Sofian

“Terima kasih Biasiswa Soh Kim Mee” – Muhammad Syazwan Mohd Sofian

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG, 11 Januari 2022 – Muhammad Syazwan Mohd Sofian lulusan Bacelor Sains Pengurusan ladang, hari ini meraikan kejayaannya menggenggam segulung Ijazah.

Setelah mengharungi lima tahun pengajian, pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke-44, Muhammad Syazwan, antara salah seorang graduan yang menerima bacelornya. Bagi bekas penerima penajaan Biasiswa Alumni daripada Soh Kim Mee ini, kejayaannya pada hari ini sangat manis apabila segala pengorbanan dan kesungguhannya dan berkat doa daripada keluarga dia dapat menggenggam segulung ijazah yang akan mengubah masa depannya. 

“Selama lima tahun saya berjuang demi segulung ijazah. Pertanian dan pengurusan ladang adalah bidang yang memang menjadi minat saya sejak di bangku sekolah lagi. Tambah lagi kini pertanian dan perladangan sudah banyak mengalami revolusi dari sudut teknologi, lagi membuatkan saya tidak sabar untuk terus menerokai bidang yang pada saya cukup mencabar ini. Dengan industri 4.0 dan juga kecanggihan IoT (internet of thing) lagi buat saya teruja untuk terus mendalaminya,” ujar Syazwan bersemangat. 

Saya banyak terhutang budi dengan Biasiswa Alumni Soh Kim Mee yang selama ini telah menaja saya hingga tamat pengajian. Jika tiada penajaan ini sebenarnya sukar untuk saya melaluinya kerana saya bukanlah daripada keluarga yang senang. 

Dengan adanya penajaan ini saya boleh fokus pada pengajian dan tidak perlu risaukan mengenai kos pembelanjaan pengajian sepanjang saya di kampus. Dengan penajaan ini juga sebenarnya banyak ringankan beban keluarga. 

“Ayah saya yang bekerja sebagai pemandu lori boleh boleh beri keutamaan kepada adik-adik yang lain yang tidak perlu risaukan mengenai kos pengajian saya. Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada penaja saya iaitu Biasiswa Soh Kim Mee. 

Doakan saya juga mampu kembali bakti kepada alma mater sebagainya mereka lakukan kepada saya selama ini. Slogan ‘Kami Bangga Menjadi Alumni UPM’ akan terus tersemat kukuh di hati saya dan saya percaya pada semua graduan UPM,” akhirinya.

Tarikh Input: 25/01/2022 | Kemaskini: 26/01/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbIA1~