TEMURAMAH BERSAMA PROF. MADYA DR ARBA’IE SUJUD | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMURAMAH BERSAMA PROF. MADYA DR ARBA’IE SUJUD

TEMURAMAH BERSAMA PROF. MADYA DR ARBA’IE SUJUD

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 18 Oktober - Proses temuramah bersama mantan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang kelima, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud berjalan lancar. Kembalinya mantan Pengarah ke ARCUPM disambut mesra oleh semua staf dan pegawai yang masih merindui beliau untuk menjadi pemimpin di ARCUPM. Walaupun telah bersara, beliau masih lagi meneruskan minat beliau untuk terus menjadi salah seorang tenaga pengajar di UPM.

Temuramah ini adalah bagi mengumpul maklumat, pandangan dan idea dari salah seorang yang terlibat dalam proses pembinaan Menara Jam Warisan Budi yang dijangkakan bakal siap dibina pada April atau Mei 2024. 

Berdasarkan pengalaman dari salah seorang mantan Pengarah ARCUPM, beliau kongsikan banyak penceritaan mengenai Menara Jam Warisan Budi sehinggalah pada hari terakhir beliau sebelum bersara tetap pada 23 Ogos lalu. Pada hari tersebut juga berlangsungnya majlis simbolik serah tapak Menara Jam Warisan Budi kepada kontraktor di Umai Cafe, Kolej Tan Sri Mustapha Babjee (KTMB), UPM. 

Perkongsian beliau mengenai falsafah disebalik pembinaan Menara Jam Warisan Budi dihayati dan akan diwartakan oleh penulis dalam buku “Coffee Table Book” yang bakal diterbitkan dan dilancarkan pada masa dan tarikh pembukaan Menara Jam Warisan Budi kelak. 

"Menara Jam Warisan Budi bukanlah sekadar sebuah menara. Ianya mempunyai falsafah yang perlu dihayati oleh seluruh warga UPM daripada staff, pelajar dan alumni. Nilai estetika menara yang tinggi ini perlu dihayati untuk kita sama-sama menghidupkan menara ini bukan sekadar menara tetapi disitu terletaknya satu semangat juang dan kebersamaan seluruh warga UPM termasuk alumninya sehingga menara ini berjaya di bina. Sejauh mana kita dapat menghayatinya, tanggungjawab ARCUPM tidak terhenti setelah menara ini siap terbina, tetapi cabarannya jauh lebih hebat setelah menara ini berjaya dibina," ujarnya penuh semangat. 

Beliau berharap pembinaan Menara Jam berjalan lancar dan Menara Jam Warisan Budi akan terus hidup diingatan semua warga UPM walaupun setelah beberapa tahun terbinanya projek tersebut. Beliau turut berharap Menara Jam bukan sahaja sekadar menara, malah menjadi motivasi kepada semua untuk bijak menguruskan masa.

Tarikh Input: 20/10/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcLA5~