TEMURAMAH BERSAMA PROF. AR. MOHD RAZALI MAHYUDDIN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMURAMAH BERSAMA PROF. AR. MOHD RAZALI MAHYUDDIN

TEMURAMAH BERSAMA PROF. AR. MOHD RAZALI MAHYUDDIN

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 2 November – Pusat Perhubungan Alumni UPM dalam usaha mengumpul maklumat terawal mengenai projek pembinaan Menara Jam Warisan Budi diteruskan lagi dengan temuramah bersama Ybhg. Prof. Ar. Mohd Razali Mahyuddin atau lebih mesra dengan panggilan Tok Wan.

Beliau adalah arkitek pertama yang melakar reka bentuk asal Menara Jam Warisan Budi. Perkongsian beliau yang ‘mahal’ mengenai konsep asal Menara Jam akan diterbitkan dalam Buku ‘Coffee Table Book’ yang bakal diterbitkan bersekali dengan pelancaran Menara Jam Warisan Budi yang dijangkakan siap penghujung April 2024.

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) berbesar hati menyambut kehadiran Tok Wan untuk berkongsi cerita dan maklumat mengenai Menara Jam Warisan Budi. Beliau adalah seorang arkitek profesional yang mempunyai pandangan berbeza, terutama dari segi ketelitian maksud pada setiap rekaan yang ada pada Menara Jam Warisan Budi. Konsep, idea dan rekaan asal adalah hasil kreativiti dan falsafah daripada beliau sendiri dengan bantuan daripada pasukan rekaannya pada ketika itu.

 

Ketika dimaklumkan yang menara jam sekarang telah masuk fasa pembinaan setelah 16 tahun, dan pada 23 Ogos 2023 lalu sebuah Mallis Simbolik Serah Tapak dilancarkan, raut wajah Tok Wan menunjukkan perasaan gembira dan bangga kerana akhirnya idea rekaan dan usaha beliau untuk pembinaan Menara Jam Warisan Budi telah dalam proses permulaan. Terpapar di wajah beliau yang mengharapkan pembinaan Menara Jam berjalan seperti yang dijadualkan. 

Selain Menara Jam Warisan Budi, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM (TNCPI) adalah salah satu hasil rekaan dari Prof. Ar. Mohd Razali Mahyuddin. Turut hadir Mantan Bursar UPM, Dato' Hj Zulkiflee Othman yang banyak berkongsi cerita dengan Tok Wan. ARCUPM mengucapkan terima kasih kepada Dato' Zulkiflee Othman yang sudi turut sama, Tok Wan ke ARCUPM.

 

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcBA4~