TEMURAMAH BERSAMA DATO’ ZULKIFLEE OTHMAN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMURAMAH BERSAMA DATO’ ZULKIFLEE OTHMAN

TEMURAMAH BERSAMA DATO’ ZULKIFLEE OTHMAN

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 19 Oktober - Temuramah bersama Dato’ Zulkiflee Othman, mantan Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003 - 2021 telah diadakan di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Temuramah ini bagi mengumpul maklumat dan bahan mengenai Menara Jam Warisan Budi bagi penghasilan buku Coffee Table Book yang sedang dalam proses penulisan. 

Buku ini bakal diterbitkan seiring dengan pelancaran Menara Jam Warisan Budi yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2024.  

Dato’ Zulkiflee adalah salah seorang yang terlibat dari awal mengenai proses cadangan projek Menara Jam Warisan Budi kerana perancangan awal dan idea asal yang tercetus pada 2006 adalah pada tahun beliau sebagai Bursar UPM. 

Banyak yang dikongsikan beliau terutama yang melibatkan kewangan pada ketika itu yang mungkin menjadi salah satu cabaran dalam projek pembinaan Menara Jam Warisan Budi. Beliau turut berkongsi bagaimana beliau menghadapi masalah dan cabaran pada ketika itu sehingga hari ini pembinaan Menara Jam Warisan Budi akan terlaksana. Perkongsian beliau dapat menjadi sebuah teladan yang boleh dijadikan contoh untuk perancangan yang lebih baik di masa hadapan.

Beliau menyeru kepada alumni-alumni untuk terus menyumbang kerana sumbangan bukan sahaja sebelum dan semasa pembinaan, malah yang menjadi perkara penting adalah selepas terbinanya Menara Jam Warisan Budi yang bakal menjadi kebanggaan UPM dan seluruh warganya. 

Beliau turut berharap pembinaan Menara Jam Warisan Budi ini dapat melepasi fasa satu iaitu fasa pembinaan dengan jayanya dan mendoakan projek ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sebagai seorang yang terbabit dari awal penglibatannya dalam projek Menara Jam Warisan Budi ini, beliau berbangga dengan ambil cakna seluruh warga UPM untuk memastikan projek ini bejaya direalisasikan. 

"Tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga UPM dan Pusat Perhubungan Alumni UPM dalam menggalas amananh dan tanggungjawab ini dalam memastikan projek ini berjaya dilaksanakan. Menara Jam Warisan Budi ini adalah lambang kesatuan hati kita semua dalam bersama-sama membawa nama UPM terus harum di serata pelusuk negara," akhiri beliau. 

Tarikh Input: 24/10/2023 | Kemaskini: 16/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcVAi~