Temuduga Biasiswa TMJ Peringkat Diploma 2021/2022 Berjalan Lancar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temuduga Biasiswa TMJ Peringkat Diploma 2021/2022 Berjalan Lancar

Temuduga Biasiswa TMJ Peringkat Diploma 2021/2022 Berjalan Lancar

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Pihak Pusat Perhubungan Alumni telah menjalankan sesi temuduga untuk para calon Biasiswa TMJ secara dalam talian google meet 8 Mac 2022 yang lepas. Seramai tujuh orang calon telah dipanggil untuk menghadiri temuduga dan kesemua mereka ini adalah daripada keluarga B40 dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Antara panel penemuduga yang terlibat adalah Encik Ismail Mahmad, Penaja Biasiswa TMJ, Encik Nasruddin Yahya, wakil daripada pihak Akademik, Encik Abdullah Arshad, wakil daripada pihak TNC, Puan Sharinah Muztaba, wakil daripada pihak BURSAR dan juga Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni. 

Daripada tujuh calon yang menghadiri temuduga, hanya seorang calon daripada peringkat Diploma yang akan diberikan biasiswa ini. Mereka bakal menerima biasiswa penuh sebanyak RM15,000,00 dan pemilihan mereka ini adalah berdasarkan markah purata setiap calon yang diisi oleh ahli panel dan pemilihan terakhir adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak penaja itu sendiri. 

Pihak ARCUPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon yang berjaya dan menggunakan biasiswa yang diterima ini sebaik mungkin untuk terus berjaya dan seterusnya kembali pula menyumbang kepada alma mater setelah berjaya kelak. 

Tarikh Input: 25/03/2022 | Kemaskini: 07/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYJAm~