Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 9 Disember - Sesi Temu Duga Biasiswa RJH 2025 telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama antara RJH Consultants & Services Sdn. Bhd. dan RJH Marketing & Trading Sdn. Bhd. bersama Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM). Sesi temu duga ini diadakan di Bilik Menara Warisan Budi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi temu duga yang bermula pada jam 11.00 pagi tersebut melibatkan seramai empat orang calon peringkat ijazah yang telah berjaya disenarai pendek bagi penilaian peringkat akhir Biasiswa RJH 2025. Proses penilaian berjalan dengan teratur dan profesional, merangkumi aspek akademik, sahsiah serta potensi kepimpinan calon.


Barisan panel penemuduga terdiri daripada wakil universiti dan pihak penaja, diketuai oleh Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, selaku Ketua Panel. Turut serta sebagai panel ialah Encik Mohd Hafiz Abdul Rashid, Pengarah Urusan RJH Consultants & Services; Puan Nur Atifah Mohd Ariffin, Eksekutif Pemasaran RJH Consultants & Services; dan Puan Nur Ashikin Ismailuddin, Penolong Pengurus RJH Consultants & Services.

Selain itu, sesi temu duga ini turut disertai oleh wakil pentadbiran universiti iaitu Puan Nik Hafzaini binti Nik Hassan, Ketua Seksyen Kemasukan Antarabangsa, Bahagian Kemasukan dan Urus Tadbir Akademik UPM; Encik Mohd Hafiz bin Amrullah, Ketua Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bursar UPM; Cik Ummi Husna Abdullah, Ketua Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM; serta Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadzilah, Ketua Seksyen Pendanaan, Endowmen dan Biasiswa, Pusat Perhubungan Alumni UPM.
Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli panel penemuduga serta urus setia yang telah memastikan sesi temu duga ini berjalan dengan lancar dan teratur.


Sebagai penutup, ARCUPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para calon yang bakal terpilih sebagai penerima Biasiswa RJH 2025. Diharapkan inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan pelajar, malah menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Tarikh Input: 19/12/2025 | Kemaskini: 19/12/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor