TEMU MESRA PENAJA DAN PENERIMA BIASISWA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA PENAJA DAN PENERIMA BIASISWA

TEMU MESRA PENAJA DAN PENERIMA BIASISWA

Oleh: Shahirah Alia Azahar

BINTULU - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menganjurkan Program Temu Mesra antara penaja dan penerima biasiswa Sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Program Temu Mesra Penerima bersama Penaja Biasiswa Alumni UPM @ Bintulu Siri 3 2023 pada 3 November lalu dapat mengukuhkan lagi hubungan antara penerima dan penaja Biasiswa Alumni UPM.

Program ini telah dihadiri oleh wakil penaja iaitu Tuan Haji Mat Razi Alumni UPM Kelas 1992, bersama tujuh penerima Biasiswa Alumni UPM iaitu:- 

  1. Nur Fakhriah binti Zulfikar Ali, Penerima Biasiswa Menteri Besar Selangor
  2. Nur Iffah Syafina binti Omar, Penerima Biasiswa Pertubuhan Kebajikan Salak
  3. Nurul Najihah binti Yahya, Penerima Biasiswa Pertubuhan Kebajikan Salak
  4. Muhamad Hafiz Irfan bin Zulkifli, Penerima Biasiswa 2 Generasi 
  5. Qistina Ashrawi Alwi binti Zulkifli, Penerima Biasiswa Norzack
  6. Nurul Aisyah binti Baharuddin, Penerima Biasiswa QKB)
  7. Intan Syuhaila Basli, penerima Biasiswa Chapter Cyperus 92 (3.0) Sesi 2023/2024

 

ARCUPM berharap semoga program Temu Mesra ini turut menjadi pemangkin kepada penerima untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dan kembali menyumbang kepada alma mater.

ARCUPM juga mengalu-alukan alumni kembali berbakti kepada alma mater agar budaya dan semangat ini dapat diteruskan dan dicontohi. 

Tarikh Input: 08/11/2023 | Kemaskini: 08/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcHAi~