Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Bintulu, 31 Oktober – Satu sesi penuh makna telah berlangsung melibatkan para peneraju dan wakil Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama penerima Biasiswa Alumni UPM di Kampus Bintulu, Sarawak.
Majlis ini diadakan bagi memperkukuh hubungan antara penaja dan penerima biasiswa, selain menyemai semangat alumni yang sentiasa menyokong legasi kecemerlangan pendidikan UPM serta kebajikan pelajar.

Sesi temu mesra tersebut turut dihadiri oleh YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM; YBrs. En. Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM); YBrs. Dr. Muhammad Mu’az Mahmud, Timbalan Pengarah ARCUPM; YBrs. Tn. Haji Mat Amin Jaafar, Setiausaha Agung Persatuan Alumni UPM (PAUPM) merangkap Penaja Biasiswa AMCO Niaga; serta YBrs. Dr. Alvin Lim Teik Zheng, Felo Bersekutu Alumni.

Yang diraikan pada majlis tersebut ialah Intan Syuhaila Basli, penerima Biasiswa Cyperus 3.0, pelajar Diploma Pertanian, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Program ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh hubungan dua hala antara alumni dan pelajar serta menggalakkan budaya Alumni Menyumbang Kembali kepada universiti. Inisiatif sebegini bukan sahaja memberi inspirasi kepada pelajar, tetapi juga mencerminkan nilai Berilmu Berbakti yang menjadi tunjang kepada komuniti alumni UPM.
Kesimpulannya, sesi ini bukan sekadar simbol penghargaan kepada penaja, tetapi turut menzahirkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan alumni UPM untuk terus berbakti kepada universiti dan masyarakat.
Tarikh Input: 04/11/2025 | Kemaskini: 04/11/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor