TEMU MESRA DAN LAWATAN PENANDA ARAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA DAN LAWATAN PENANDA ARAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TEMU MESRA DAN LAWATAN PENANDA ARAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Kangar, 30 April 2025, Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGK Perlis) kerana menerima lawatan penanda aras daripada Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia, yang dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad dan diketuai oleh Pengarah IPGK, Encik Amran Mahadi, bersama barisan pegawai perkhidmatan pendidikan yang juga merupakan alumni UPM.

 

Sesi temu mesra ini menjadi platform bermakna dalam mempererat hubungan antara alumni dengan alma mater, di samping membuka ruang kerjasama strategik yang mampu memberi impak kepada pembangunan sahsiah dan profesionalisme alumni. Perbincangan turut tertumpu kepada pemerkasaan jaringan alumni menerusi pelaksanaan program bersama, pengumpulan maklumat terkini alumni serta peluang kerjasama antara institusi dalam usaha memperkukuh libat urus komuniti UPM yang lebih holistik dan berdaya saing.

 

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian IPGK Perlis memilih UPM sebagai destinasi lawatan penanda aras dan berharap sinergi ini akan terus berkembang demi manfaat bersama dalam mendukung agenda pendidikan negara.

Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (03:46:25am-03:51:25am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]