TEMU MESRA BERSAMA PENAJA BIASISWA NORZACK | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA BERSAMA PENAJA BIASISWA NORZACK

TEMU MESRA BERSAMA PENAJA BIASISWA NORZACK

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

 

SERDANG, 9 Jan – Pusat Perhubungan Alumni yang diwakili oleh Cik Sahira Faghira Tahrir Adli dan Encik farhan Afif Mohd Nazri telah menyantuni penaja Biasiswa Norzack, Encik Ezhar Farouk Zakaria iaitu Pengurus Norzack Catering bagi menandatangani perjanjian Biasiswa Alumni UPM.

Biasiswa Norzack telah menaja seorang pelajar peringkat Diploma iaitu Qistina Ashra Alwi Zulkifli, pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Bintulu dari Fakulti Sains Pertanian & Perhutanan. Tajaan ini akan terpakai sehingga pelajar menamatkan sesi pengajian iaitu selama enam semester (2022/2023). Pembiayaan biasiswa sebanyak RM15, 000 diserahkan kepada pelajar untuk dimanfaatkan sepanjang pengajian di UPM hingga bergraduat.

Sumbangan biasiswa ini menzahirkan rasa kekitaan di kalangan alumni dan juga alma mater. Dengan slogan ‘Eratkan Kerjasama Sesama Alumi’ (EKSA), Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) akan terus berusaha untuk terus meyediakan ruang dan peluang untuk alumni UPM kembali berbakti kepada Universiti, khususnya kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan.

Bagi Qistina Ashra Alwi, pastinya biasiswa ini memberi satu suntikkan semangat yang baharu kepada beliau untuk terus meraih kejayaan yang lebih cemerlang dan seterusnya dapat membantu keluarga, agama dan bangsa kelak. Selaku bakal alummi UPM, apa yang alumni lakukan pada hari ini akan menjadi contoh teladan kepada beliau dan rakan-rakan yang lain untuk kembali berbakti kepada Universiti apabila tiba masa nanti.

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar ini kerana berjaya menjadi salah seorang penerima biasiswa alumni UPM. Teruskan kecemerlangan untuk masa depan yang lebih gemilang dan amanah yang diberikan ini terima lah dengan penuh tanggungjawab dan jadikan ini sebagai pemangkin untuk terus menjadi pelajar yang berdedikasi dan berdaya saing.

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 17/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaWAZ~