TEMU MESRA BERSAMA DR. GADGET UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA BERSAMA DR. GADGET UPM

TEMU MESRA BERSAMA DR. GADGET UPM

OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur


Serdang, 27 Februari -
Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah mengadakan Sesi Temu Mesra Bersama Dr. Gadget UPM, yang diketuai oleh Mr. Asraf Mustaqim bagi membincangkan penajaan Biasiswa Alumni. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong para pelajar yang memerlukan, khususnya di kalangan komuniti Universiti Putra Malaysia.


Kenapa penajaan ini penting?
- Membantu pelajar kurang berkemampuan meneruskan pengajian
- Memberi peluang kepada alumni untuk menyumbang kembali kepada masyarakat
- Membangunkan modal insan berkualiti untuk masa depan negara

Kami amat mengalu-alukan sokongan daripada individu, syarikat, dan alumni UPM untuk menjayakan inisiatif ini. Bersama-sama, kita dapat mencipta impak positif dan memberi harapan kepada generasi akan datang.

Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (11:03:23am-11:08:23am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]