TEMU MESRA ALUMNI UPM SEMARAKKAN PENUTUP PROGRAM INSPIRASI VARSITI 2025 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA ALUMNI UPM SEMARAKKAN PENUTUP PROGRAM INSPIRASI VARSITI 2025

TEMU MESRA ALUMNI UPM SEMARAKKAN PENUTUP PROGRAM INSPIRASI VARSITI 2025

Oleh:  Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi

Disunting oleh:  Suziana Che Wil




Serdang, 13 Ogos - Majlis yang turut disertai oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, En. Fahmi Azar Mistar (Alumni UPM Kelas 1998 & 2010), telah menjadi platform terbuka untuk perkongsian idea, pengalaman dan aspirasi bersama alumni. Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai input bernas telah dikongsikan, merangkumi cadangan penambahbaikan kepada inisiatif alumni, peluang pembabitan dalam pembangunan pelajar, serta pengukuhan sistem sokongan berasaskan komuniti alumni.

En. Fahmi turut menyatakan penghargaan atas kehadiran para alumni dan menyifatkan pertemuan ini sebagai langkah positif untuk memupuk hubungan dua hala yang lebih erat antara alumni dan universiti.

Antara alumni yang hadir termasuklah:

  1. Siti Aminah – Alumni UPM 2016, 2018 & 2022, Kolej Serumpun (K15)
  2. Suhana Rimon – Alumni UPM 2003, 2005 & 2022, Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) & Kolej Tun Perak (KTP)
  3. Norayuney Ahmad – Alumni UPM 2006, BSDP (BIO), Kolej 5
  4. Siti Nur Shafikah Muhamad Amin – Alumni UPM 2018, Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, Kolej 2
  5. Wafeeqah Mohammad Amin – Alumni UPM 2018, Sains dengan Pendidikan (Major Kimia), Kolej Canselor
  6. Fakhrudin Mansor – Alumni UPM 2000, Kolej Mohamad Rashid (KMR)

Pusat Perhubungan Alumni UPM berharap sesi seumpama ini akan terus menjadi jambatan yang menyatukan alumni dari pelbagai era dan bidang kepakaran, ke arah memacu kecemerlangan universiti dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Tarikh Input: 08/12/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (11:32:15am-11:37:15am, 27 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]