Temu Mesra Alumni UPM Bersama Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temu Mesra Alumni UPM Bersama Pewaris Gemilang Sdn. Bhd.

Temu Mesra Alumni UPM Bersama Pewaris Gemilang Sdn. Bhd.

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid

Disunting oleh: Suziana Che Wil

Kajang, 14 Oktober - Satu sesi Temu Mesra Alumni UPM Bersama Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. telah diadakan di pejabat syarikat tersebut yang terletak di Kajang, Selangor, melibatkan dua tokoh alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) yang kini menerajui syarikat berkenaan.

Dua tokoh tersebut ialah Encik Zainol Abidin Ahmad (Alumni Kelas 2004 & 2010) dan Encik Khairul Fuad Yusak, yang masing-masing memainkan peranan penting dalam kepimpinan dan pembangunan syarikat.

Melalui inisiatif ini, Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. telah menaja empat orang pelajar program Bacelor UPM untuk menerima Biasiswa Pewaris Gemilang, sebagai usaha murni dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar universiti.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Encik Fahmi Azar Mistar, Ketua Seksyen Pendanaan, Endowment & Biasiswa, Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadhilah, serta Ketua Seksyen Penerbitan Strategik & Penjenamaan Alumni, Puan Suziana Che Wil.

Program seumpama ini diharap dapat menjadi platform berterusan bagi menggalakkan lebih ramai alumni untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan, biasiswa, serta jaringan profesional yang memberi manfaat kepada pelajar dan universiti.

Temu mesra ini turut menzahirkan semangat “Alumni Menyumbang Kembali” yang menjadi tunjang kepada usaha ARCUPM dalam memupuk budaya menghargai alma mater, selaras dengan matlamat UPM untuk melahirkan graduan berjiwa lestari dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 15/12/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (03:05:52pm-03:10:52pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]