Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Ahmad Amirul Alias

Serdang, 25 September - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah menganjurkan sesi temu mesra yang berlangsung di L’Apperenti Restaurant & Deli, UPM. Program ini menghimpunkan beberapa alumni, antaranya Encik Mohd Shahrom Mabol (Alumni 2002), Encik Shahiral Mohd Salleh, Puan Suhana Sha’ari dan Encik Muhammad Ariff Khuzaidi. Kehadiran mereka telah membuka ruang untuk berkongsi pengalaman serta membincangkan potensi kerjasama dengan universiti.
Sesi ini turut disertai oleh Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM yang menekankan kepentingan memperkukuh jaringan strategik bersama alumni bagi memperkasa libat urus serta mewujudkan peluang kerjasama yang lebih bermakna.
Secara keseluruhannya, pertemuan ini berjaya menjadi wadah interaksi mesra yang bukan sahaja mengeratkan hubungan antara alumni dan universiti malah berpotensi untuk merangka inisiatif yang memberi manfaat kepada warga UPM dan masyarakat.
Tarikh Input: 24/10/2025 | Kemaskini: 15/12/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor