Temu Mesra Alumni Bersama Dr. Mohamad Firdaus Bahrein | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temu Mesra Alumni Bersama Dr. Mohamad Firdaus Bahrein

Temu Mesra Alumni Bersama Dr. Mohamad Firdaus Bahrein

Oleh: Suziana Che Wil

 

Pahang, 24 April - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan satu temu mesra bersama alumni yang kini sedang mengusahakan Klinik Haiwan JJ Bentong (Boh Animal Medical Centre Sdn, Bhd).

Temu mesra yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Dr. Mokrish Ajat telah membawa kepada satu perbincangan ke arah untuk memberi manfaat kepada pelajar dan juga dalam usaha menjejaki alumni UPM dalam bidang veterinary khususnya.

Kunjungan Dr. Mokrish ke Klinik Haiwan JJ Bentong disambut baik oleh Dr. Mohamad Firdaus Bahrein Che Aziz (Alumni 2018) yang juga merupakan pemilik kepada klinik tersebut. Dr. Firdaus turut dibantu oleh Dr. Diyana Farid yang juga merupakan alumni UPM (Alumni kelas 2021).

Menurut Dr. Mokrish pertemuan ini juga adalah sebagai satu langkah untuk melestarikan lagi peranan alumni dalam menyumbang bakti kepada alma mater. Selain daripada temu mesra bersama alumni, lawatan ini juga adalah untuk melawat premis bagi penempatan pelajar latihan industri bagi Doktor Perubatan Veterinar.

Menurut Dr. Mohamad Firdaus Bahrein, perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk setempat dan daerah berdekatan amat diperlukan memandangkan hanya terdapat dua buah Klinik Veterinar sahaja yang memberikan khidmat nasihat dan penjagaan berkenaan haiwan di sekitar Bentong, Pahang.

 

Pada pertemuan itu juga, beliau turut mengalu-alukan sekiranya ada pelajar-pelajar UPM yang ingin membuat latihan industri di klinik beliau. Ini juga antara sumbang bakti yang dapat diberikan kepada alma mater tercinta.

ARCUPM sentiasa mengalu-alukan apa sahaja bentuk sumbang bakti yang ingin dihulur dan disalurkan oleh alumni kepada alma mater dan juga pelajar UPM. Alumni UPM Berilmu Berbakti dan bersama kita bergandingan melonjakkan lagi kecemerlangan UPM bukan sahaja pada peringkat lokal tetapi juga pada peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 02/07/2024 | Kemaskini: 02/07/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (11:04:37am-11:09:37am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]