Temu Mesra Alumni Bersama Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temu Mesra Alumni Bersama Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan

Temu Mesra Alumni Bersama Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 12 SeptemberPusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah menganjurkan sesi temu mesra alumni bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Bin Hj. Ramlan, alumni kelas 1981 yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi UPM Holdings Sdn Bhd. 

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara UPM Holdings dan ARCUPM, sambil meneroka peluang kerjasama strategik yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Usaha ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi peranan alumni dalam menyumbang kepada pembangunan universiti dan komuniti.

Temu mesra yang diketuai oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, antara lain membincangkan mengenai kerjasama yang boleh dilakukan untuk memperkemaskan lagi sumbangan alumni kepada alma mater. 

Dalam usaha itu, pelbagai input yang berjaya dibincangkan dan pastinya pelarasan kepada input-input yang diperolehi itu akan disusuli dengan pertemuan yang lebih rasmi pada masa dan ketetapan yang akan disusun atur dengan lebih terperinci kelak. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengharapkan agar hubungan yang telah terjalin ini terus diperkukuhkan dan berpanjangan, demi kemajuan bersama dalam jangka masa panjang. Bersama kita semarakkan semangat berilmu berbakti.

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
F, (04:01:56pm-04:06:56pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]