Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 24 November - Satu sesi Temu Duga Geran Penyelidikan Jangka Pendek Yayasan Pak Rashid telah diadakan di Bilik Mesyuarat Menara Putra Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM).
Sesi temu duga ini dijalankan dengan objektif menilai cadangan penyelidikan ringkas yang layak menerima sokongan geran daripada Yayasan Pak Rashid. Panel penilai yang bertugas pada sesi kali ini terdiri daripada tokoh-tokoh akademik dan wakil alumni iaitu Dato’Dr Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin, Encik Mohd Norashedy Ab Rashid, Prof.Dr.Mohd Adzir Mahdi dan Encik Fahmi Azar Mistar.


Seramai empat orang calon telah ditemu duga dalam sesi tersebut. Perbincangan berlangsung secara terperinci meliputi objektif penyelidikan, metodologi cadangan serta potemsi impak penyelidikan terhadap komuniti akademik dan masyarakat. Panel penilai memberikan maklum balas membina dan saranan penambah baikan untuk memperkukuh proposal yang dibentangkan.

Pusat Perhubungan Alumni merakamkan setinggi-setinggi penghargaan kepada semua ahli panel atas komitmen dan masa yang diluangkan untuk menilai cadangan-cadangan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua calon atas persiapan dan penyampaian yang professional sepanjang sesi berlangsung.

Kesimpulannya, sesi temu duga Geran Penyelidikan Jangka Pendek Yayasan Pak Rashid ini menonjolkan usaha berterusan ARCUPM untuk menyokong aktiviti penyelidikan berimpak serta memupuk kolaborasi antara alumni, penyelidik dan institusi. Pusat Perhubungan Almni mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon dan berharap hasil penilaian akan menzahirkan projek-projek penyelidikan yang berkualiti dan memberi manfaat luas kepada semua yang terlibat.
Tarikh Input: 25/11/2025 | Kemaskini: 25/11/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor