Oleh: Nur Sara Hazeqqa
Suntingan: Suziana Che Wil
SERDANG, 29 April - Dengan berbesar hati, Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi temuduga calon Biasiswa Alumni RJH yang telah dijalankan pada hari ini.
Seramai empat (4) orang pelajar peringkat bacelor bagi sesi pengajian 2023/2024 dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi telah hadir untuk sesi temuduga tersebut. Pihak RHJ bersetuju untuk menaja seorang pelajar bagi sesi ini.
Penekanan diberikan kepada pelajar cemerlang yang memerlukan bantuan kewangan terutamanya pelajar daripada keluarga B40 dan juga asnaf. Syarat juga ditetapkan, pelajar mestilah ataupun perlu melibatkan diri dalam bidang kokurikulum sepanjang pengajiannya di UPM.
Diharapkan melalui sumbangan biasiswa dan bantuan kewangan ini, dapat membantu pelajar UPM dalam sesi pembelajaran mereka dan menjadi dorongan kepada kejayaan mereka.
Pusat Perhubungan Alumni sentiasa menyokong penuh hasrat dan bantuan yang ingin disampaikan oleh alumni kepada para pelajar yang memerlukan. Terutamanya bantuan dan sumbangan kewangan dalam usaha untuk meringankan beban kewangan bagi pelajar yang tidak berkemampuan.
Semoga usaha kecil ini akan menyuntik semangat yang besar kepada para pelajar untuk terus belajar dan meraih kejayaan yang dapat mengharumkan nama keluarga dan alma mater.
Tarikh Input: 06/05/2024 | Kemaskini: 26/06/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor