Temu Bual Majalah Alumni Serdang Sun: Abdu Rakib Rasid | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temu Bual Majalah Alumni Serdang Sun: Abdu Rakib Rasid

Temu Bual Majalah Alumni Serdang Sun: Abdu Rakib Rasid

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid

Disunting Oleh : Suziana Che Wil

Janda Baik,15 Oktober - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Abdu Rakib Rasid, Alumni Kelas 2015, atas kesudian beliau meluangkan masa untuk sesi temubual bersama sidang editorial Majalah Alumni Serdang Sun bagi Isu 26 Tahun 2025.

Sesi temu bual yang berlangsung di Radiant Retreat, Janda Baik, turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Dr. Muhammad Muaz Mahmud, yang juga merupakan Ketua Editor Majalah Alumni Serdang Sun Isu 26/2025.

Dalam sesi tersebut, Encik Abdu Rakib berkongsi pandangan dan pengalaman beliau sepanjang bergelar mahasiswa UPM serta perjalanan karier selepas menamatkan pengajian. Beliau turut menekankan kepentingan membina keyakinan diri, menghargai pengalaman universiti dan memanfaatkan jaringan alumni sebagai platform untuk terus berkembang.

Perkongsian berinformasi ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada pelajar dan alumni muda, malah mencerminkan semangat kebersamaan dalam komuniti alumni UPM yang sentiasa berhubung dan menyumbang kembali kepada alma mater.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 27/10/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
F, (03:49:28pm-03:54:28pm, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]