Taklimat Penulisan Kreatif Anjuran ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Taklimat Penulisan Kreatif Anjuran ARCUPM

Taklimat Penulisan Kreatif Anjuran ARCUPM

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 26 Jun - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menganjurkan Taklimat Penulisan Kreatif pada hari ini (26 Jun 2024) bertempat di Bilik Menara Warisan Budi, ARCUPM. Taklimat ini telah memberikan panduan yang berharga tentang cara menulis dengan kreatif dan menarik minat pembaca.

Isi Taklimat:

🖋 Teknik dan gaya penulisan kreatif

📚 Mengasah kemahiran penceritaan

🎨 Mengembangkan idea dan konsep

📝 Tips untuk menulis dengan lebih berkesan dan menarik

Taklimat yang berlangsung hampir tiga jam itu turut mendedahkan cara-cara menghasilkan tajuk berita dan artikel yang baik dan tepat. Penghasilan tajuk sebenarnya satu perkara yang penting kerana tajuk adalah permulaan kepada tarikan pembaca untuk membaca isi kandungan seterusnya. Penghasilan tajuk yang kurang berkesan akan menurunkan rasa pembaca untuk ke fasa seterusnya. 

 

ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah hebat, Puan Maryam Elyas (Jurulatih Penulisan Bertauliah HRD Corp) yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman dengan begitu bersemangat dan interaktif. Terima kasih kerana membuka minda semua peserta untuk menjadi penulis yang lebih kreatif dan kritis. 

Tidak lupa juga kepada semua peserta yang telah menghadiri taklimat ini. Terima kasih kerana menyertai dan menjayakan taklimat ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam penulisan anda dan terus menghasilkan penulisan yang bermanfaat.

Tarikh Input: 27/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (11:23:18pm-11:28:18pm, 23 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]