TAHNIAH PENERIMA BIASISWA SULUNG PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TAHNIAH PENERIMA BIASISWA SULUNG PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UPM

TAHNIAH PENERIMA BIASISWA SULUNG PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 7 Feb – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dalam usaha menjadi sebuha entiti yang berperanan dalam mengambil cakna akan kekangan dan masalah pelajar, menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang menghulurkan sumbangan bagi bantuan kewangan pelajar dan juga pendanaan biasiswa.

Terbaharu, pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Nur Athirah Azrul dan Siti Nur Izatul Mohd Zuki dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(Doktor Perubatan)  menjadi pelajar pertama bagi tahun 2023 menerima Biasiswa Sulung Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Sikap keserakanan yang ditunjukkan oleh para alumni UPM telah membuahkan hasil apabila Biasiswa Sulung ini dapat memanfaat pelajar yang memerlukan bantuan khususnya bantuan kewangan. Kecemerlangan pelajar ini menjadi agenda penting dalam pembangunan modal insan dan sahsiah diri pelajar. Kecemerlangan ini akan menjulang nama Universiti pada peringkat yang lebih global.

Bagi kedua-dua pelajar ini, sumbangan biasiswa ini menjadi nadi penggerak untuk mereka terus bangkit mencapai kejayaan. Setiap yang disumbangkan perlu dibuktikan dengan hasilnya iaitu sebuah kejayaan. Ini juga tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas oleh mereka yang akan mengubah masa depan kepada yang lebih gemilang.

Bertepatan dengan Naratif Naib Canselor 2023, Memahat Gemilang, Membingkas Kelangsungan Al-Falah, setiap daripada warganya perlu hadir dengan peranan masing-masing. Setiap kejayaan yang diraih bukalah hadir daripada susuk seorang individu tetapi hasil kesepakatan semua pihak.

Pusat Perhubungan Alumn UPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua pelajar yang berjaya menerima Biasiswa Sulung dan semoga terus berjaya dan mengukir nama di bintang.

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 16/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdHAA~