9 Oktober 2024 - Persatuan Alumni UPM Sarawak telah berjaya ditubuhkan dalam memperkukuhkan lagi hubungan alumni dan alma mater.
Presiden PAUPM Chapter Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muran menyeru alumni UPM dari Sarawak agar bersama-sama menyertai persatuan itu.
Pastinya pelbagai aktiviti dan program yang akan dirancang dalam memastikan setiap ahli yang menyertainya akan mendapat manfaat dan pastinya manfaat itu juga untuk seluruh warga UPM khususnya pada alumni dan juga pelajar UPM.
Persatuan ini juga sebagai satu langkah memperkukuhkan lagi Persatuan Alumni UPM (PAUPM) yang kini berpengkalan di Serdang dan pastinya ini adalah satu komponen sokongan ke arah menambahbaik peranan yang boleh disumbangkan kepada alma mater.
Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | anishannani
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor