Tahniah Para Graduan UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Tahniah Para Graduan UPM

Tahniah Para Graduan UPM

 

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Majlis Konvokesyan UPM Kali-46 telah pun melabuhkan tirainya. Seramai lebih 6000 graduan pelbagai bidang pengajian dan peringkat ijazah telah diraikan pada majlis konvokesyen itu. Pelbagai warna-warni dan wajah gembira atas kejayaan masing-masing telah dapat dirakamkan oleh lensa kamera universiti. 

Pengorbanan dan kesungguhan yang diberikan selama ini dengan belajar bersungguh-sungguh telah dapat dikecapi manisnya pada hari ini. kini status yang dahulunya sebagai pelajar, hari ini sudah bertukar kepada menjadi alumni UPM. Dengan semangat slogan 'kami bangga menjadi alumni UPM' universiti tetap mengharapkan agar pada graduan terus menjaga hubungan baik bersama alma mater. 

Biarpun tugas sebagai seorang pelajar sudah berakhir, namun semangat dan peranan selaku alumni baru sahaja bermula. Alumni UPM yang merupakan duta kecil universiti ke seluruh dunia, apa yang diharapkan oleh Universiti adalah teruslah menjaga nama baik universiti dan kehadiran untuk pulang berbakti kepada alma mater sangatlah dialu-alukan. Generasi pelajar baharu memerlukan alumni mereka kembali menabur bakti dan jasa agar kesinambungan kejayaan universiti yang tercinta akan akan berterusan. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) selaku entiti yang menjadi penghubung antara alumni dan alma mater sentiasa 'membuka pintu' menerima kehadiran para alumni untuk kembali berbakti. Bersama kita terus semarakkan dengan rasa 'dari alumni kepada UPM'. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada graduan UPM. 

 

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 22/12/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdSA3~