Sumbangan RM5000 Daripada Chapter PK INTAN `90 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sumbangan RM5000 daripada Chapter PK INTAN `90

Sumbangan RM5000 daripada Chapter PK INTAN `90

06 Julai 2019, Sabtu - Pertubuhan Kebajikan Chapter Alumni UPM Inspirasi Anak Tani Tahun 1990 atau lebih dikenali sebagai PK INTAN `90 merupakan sebuah pertubuhan yang terdiri daripada alumni-alumni Diploma Pertanian kelas 1990. Pertubuhan ini mempunyai lebih kurang 300 orang ahli dan buat julung kalinya, mereka telah mengumpulkan kesemua ahli tersebut dalam satu majlis reunion yang berkonsepkan sambutan hari raya aidilfitri dan sambutan ulang tahun kelahiran mereka yang ke-50 tahun.  Rentetan itu, terhasil sebuah majlis reunion yang diberi nama ‘Majlis Reunion Jubli Emas Raya PK INTAN `90’ yang telah berlangsung pada 06 Julai 2019 bertempat di Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).  

Sambutan majlis reunion ini dengan bantuan sepenuhnya daripada Pusat Alumni UPM (ACUPM) telah disambut dengan begitu meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang alumni bersama keluarga masing-masing. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Naib Canselor UPM iaitu Prof. Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris yang merasmikan dan menyempurnakan gimik perasmian majlis reunion ini.  Lebih istimewa lagi apabila beliau juga turut sama-sama memeriahkan upacara pemotongan Pulut Kuning 50 Tahun sempena umur ahli-ahli PK INTAN `90 tersebut.  

Yang menariknya dalam majlis ini, para alumni daripada PK INTAN ‘90 telah berjaya menyumbang 1 Tan beras dan beberapa barang keperluan harian kepada Putra FoodBank UPM serta menyumbang kepada kempen 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR) yang bernilai lebih RM5000.00.  Sesungguhnya, tanpa semangat dan rasa cinta akan Alma Mater, usaha murni ini tidak mungkin dapat direalisasikan.

Kerjasama yang erat antara Pusat Alumni UPM bersama PK INTAN `90 akan meningkatkan lagi keperkasaan alumni di UPM. Intihanya, UPM sentiasa komited dalam melahirkan alumni yang cemerlang  bukan sahaja dalam arena akademik, bahkan juga mampu mempamerkan sahsiah diri yang unggul sehingga mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dan juga negara. 

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | sufian.ismail

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDTSAP~