SUMBANGAN IKHLAS ALUMNI UPM UNTUK MANGSA TRAGEDI UPSI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SUMBANGAN IKHLAS ALUMNI UPM UNTUK MANGSA TRAGEDI UPSI

SUMBANGAN IKHLAS ALUMNI UPM UNTUK MANGSA TRAGEDI UPSI

Serdang, 18 Jun 2025, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua alumni UPM atas kejayaan mengumpulkan dan menyumbang dana berjumlah RM10,000 bagi membantu mangsa tragedi kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 

Sumbangan ini mencerminkan semangat keprihatinan yang tinggi dan solidariti yang erat dalam kalangan alumni UPM, selaras dengan nilai murni "Berilmu Berbakti" yang sentiasa menjadi pegangan warga universiti.Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa serta memberikan ketenangan dan sokongan moral dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.Pusat ini turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Tarikh Input: 19/06/2025 | Kemaskini: 19/06/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (05:26:46am-05:31:46am, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]