Sumbangan Chapter 75 Untuk Bantuan Peranti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sumbangan Chapter 75 Untuk Bantuan Peranti

Sumbangan Chapter 75 Untuk Bantuan Peranti

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG – 17 Oktober 2021, Alumni Kelas 75 (Chapter 75) telah menyumbangkan RM2,000.00 di bawah Program Putra Cakna: Alumni Care: Heart to Heart (H2H). Sumbangan ini telah diserahkan oleh wakil Chapter iaitu YBrs. Dr. Ibrahim Mohamed selaku Presiden Alumni Kelas 75 (Chapter 75). 

Sumbangan ini sangat membawa erti yang besar kerana bersempena sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021), Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) selaku secretariat program menyasarkan seramai 50 orang pelajar yang akan menerima bantuan peranti sumbangan daripada alumni UPM ini. Golongan yang disasarkan adalah pelajar daripada keluarga asnaf dan juga golongan berpendapatan rendah (B40). 

Pusat Perhubungan Alumni sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan. Justeru itu, para alumni UPM adalah digalakkan  untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini.  

Bagi alumni yang ingin menyumbang boleh terus ke pautan seperti berikut; https://alumni.upm.edu.my/alumni_berbakti-2042

Bersama kita ringankan beban pelajar demi mengejar cita-cita dan kejayaan untuk masa depan yang gemilang. Seterusnya pelajar-pelajar ini pula kembali berbakti kepada alma mater dalam satu kitaran yang tidak akan terputus andai ke semua warga UPM khususnya, mengambil tanggungjawab ini sebagai satu tanggungjawab sosial dalam memperkasakan pendidikan tinggi negara.



Tarikh Input: 08/11/2021 | Kemaskini: 01/12/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbNAW~