Sumbangan Biasiswa Chapter Alumni UPM AGRISC’94 Bantu Pelajar UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sumbangan biasiswa Chapter Alumni UPM AGRISC’94 bantu Pelajar UPM

Sumbangan biasiswa Chapter Alumni UPM AGRISC’94 bantu Pelajar UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 16 Ogos 2021 – Chapter Alumni UPM yang dikenali sebagai AGRISC’94 telah sepakat untuk sama-sama membantu dalam sumbangan penajaan kepada mahasiswa UPM yang dikenalpasti dan memerlukan sumbangan kewangan untuk meneruskan pengajian.

Kesemuanya adalah alumni UPM daripada kelas pengajian Bachelor Sains Pertanian tahun 1994. Nama AGRISC’94 itu diambil bersempena nama kursus pengajian para alumni dan juga tahun pengajian mereka. Sehingga kini seramai 21 alumni dalam chapter Alumni UPM AGRISC’94. Hubungan erat sesama mereka masih terjalin walaupun hampir 23 tahun sudah meninggalkan UPM. Kini mereka kembali menyumbang bakti kepada mahasiswa UPM yang memerlukan bantuan untuk meneruskan pengajian. 

Idea tercetus apabila salah seorang alumni iaitu Tuan Haji Mat Amin yang sebelum ini pernah menaja beberapa orang mahasiswa UPM melalui program yang dibawa oleh alumni UPM, membawa usul kepada Chapter Alumni UPM AGRISC’94 ini.

Usul itu kemudian diperhalusi dan inilah masa untuk para alumni kembali menyumbang kepada Alma Mater. Akhirnya Chapter Alumni UPM AGRISC’94 bersetuju untuk menaja sumbangan biasiswa kepada seorang pelajar bachelor UPM yang memerlukan.

Para penaja ini ada dari kalangan guru, pensyarah, ahli korporat seperti FGV dan juga syarikat multinasional serta ahli perniagaan. Sumbang bakti yang diberikan ini merupakan kesinambungan ilmu yang berterusan dan sekaligus mendidik jiwa mahasiswa hari ini agar mereka juga akan pulang berbakti kepada Alma Mater setelah bergraduat nanti.

Menurut Tuan Haji Mat lagi, sumbangan penajaan ini juga adalah untuk membantu anak bangsa dalam menuntut ilmu di menara gading. Para penuntut ilmu adalah mereka yang sedang berjihad di jalan Allah SWT. Dengan sedikit sumbangan penajaan ini, Allah bukakan jalan rezeki yang lebih luas kepada semua alumni yang bermurah hati dalam meringankan beban mahasiswa.

Tarikh Input: 23/08/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUHAm~