SIRI 20.0: SEJAM BERSAMA ALUMNI UPM (SEBA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SIRI 20.0: SEJAM BERSAMA ALUMNI UPM (SEBA

SIRI 20.0: SEJAM BERSAMA ALUMNI UPM (SEBA

Oleh : Siti Nor Azielah Mohamad

SERDANG, 24 Mac – Sejam Bersama Alumni (SEBA) Siri 20.0 yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM telah menjemput Tuan Hj. Muhd Azharuddin Hj. Che Azman, Pengurus Elrah Exclusive (Alumni Kelas 1998) sebagai panel jemputan. Program ini turut disertai oleh Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM. Slot ini mengupas mengenai perkongsian pengalaman, cabaran dan prinsip hidup Hj. Muhd Azharuddin Hj. Che Azman. Program ini dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Cisco Webex dan Facebook Pusat Perhubungan Alumni UPM yang berlangsung pada 11.00 pagi.

Tuan Hj. Muhd Azharuddin Hj Che Azman berkongsi tentang pengalaman semasa belajar. Beliau menyeru kepada golongan mahasiswa supaya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, kebudayaan, keusahawanan dan rekreasi. Aktiviti yang dijalankan dapat melatih pelajar menjadi yang terbaik di samping mahir dalam sesuatu bidang. Beliau juga menyatakan bahawa untuk menjadikan pelajar yang mahir, ia perlu mempunyai teknik dan pengalaman. Beliau turut berpesan agar pelajar perlu seimbangkan antara pembelajaran dengan akitiviti kokurikulum supaya tidak ketinggalan.

Beliau turut memberikan pandangan mengenai pemilihan kerjaya sama ada pekerjaan yang tetap atau perniagaan. Beliau menegaskan bahawa, pelajar perlu memilih pekerjaan dengan kerelaan hati dan menanyakan diri sendiri apa yang suka dan tidak suka. Tambahnya lagi, universiti merupakan peluang untuk menimba pengalaman dan melakukan perancangan untuk masa hadapan. Di universiti, pelajar dapat mengetahui cara untuk berkomunikasi dan menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau turut menyatakan bahawa, permulaan sangat penting apabila berada dalam alam pekerjaan kerana ia merupakan tekad dengan pilihan yang dilakukan. Justeru itu, pemilihan kerjaya amat penting kerana kita akan lebih seronok dengan apa yang dilakukan.

Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar menegaskan bahawa cabaran pada masa kini lebih hebat berbanding cabaran pada masa dahulu kerana kepesatan teknologi serta persaingan dengan golongan yang pintar dan berkelayakan. Tambahnya lagi, mahasiswa perlu meningkatkan kualiti diri supaya dapat mendepani masa depan dengan lebih lancar. Beliau juga menyokong penuh program sebegini kerana dapat membuka minda pelajar dan panduan bagi mengharungi cabaran yang akan datang.

Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan pelajar dan staf UPM dan berjaya meraih hampir 270 tontonan.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUIAH~