Serdang, 13 Jun 2025, Sesi temuduga bagi Biasiswa Yayasan Pak Rashid (YPR) untuk pelajar program Bacelor telah berlangsung pada 13 Jun 2025 bertempat di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Seramai sepuluh orang pelajar tahun satu telah menghadiri sesi ini dan calon yang berjaya akan menerima manfaat biasiswa daripada Yayasan Pak Rashid.
Sesi ini turut dihadiri oleh tiga orang ahli pemegang amanah Yayasan Pak Rashid, iaitu YBhg. Dato’ Raihan Shariff, YBrs. Dr. Ibrahim Hj. Mohamed dan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. Hj. Mazlan Lazim. Turut bersama ialah wakil pengurusan Universiti Putra Malaysia, iaitu YBrs. Puan Nur Asriati Jasmi dari Pejabat Bursar, YBrs. Puan Besek Intan Zafina Basok selaku wakil akademik, serta Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar.

Pusat Perhubungan Alumni UPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua panel penemuduga dan pihak Yayasan Pak Rashid atas komitmen padu dalam menyokong pembangunan sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar. Semoga inisiatif murni ini terus memberi inspirasi dan membuka lebih banyak peluang untuk kejayaan generasi pelajar UPM akan datang.
Tarikh Input: 19/06/2025 | Kemaskini: 19/06/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor