Sesi Temuduga Biasiswa Yayasan Pak Rashid Berjalan Lancar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Temuduga Biasiswa Yayasan Pak Rashid Berjalan Lancar

Sesi Temuduga Biasiswa Yayasan Pak Rashid Berjalan Lancar

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Temuduga untuk tapisan penerima biasiswa Yayasan Pak Rashid telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Townhall, Pusat Perhubungan Alumni.

Seramai tujuh (7) calon telah menghadiri sesi temuduga ini yang terdiri daripada pelajar tahun satu Program Agribio dan juga  selain daripada Program Agribio yang syarat asas yang perlu dipenuhi adalah pelajar daripada Asasi Pertanian (ASPER) UPM. Calon yang layak akan menerima biasiswa berjumlah RM7500 setahun.

Biasiswa Yayasan Pak Rashid ini juga merupakan biasiswa alumni yang telah diwujudkan sejak tahun 2008 dan telah ramai pelajar yang tidak berkemampuan dari segi kewangan dibantu dengan menggunakan biasiswa alumni yang dikenali sebagai Yayasan Pak Rashid. 

Pelajar-pelajar yang menerima biasiswa ini akan menerima kemudahan bantuan pendanaan kewangan sepanjang pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mematuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh panel penilai dan juga pemegang amanah Yayasan Pak Rashid. 

Tujuan utama pemberian biasiswa ini adalah untuk membantu meringankan beban pelajar  dan keluarga terutama mereka daripada golongan B40, asnaf dan juga pelajar dengan kelainan upaya (OKU). 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapakn syabas dan tahniah kepada pelajar yang terpilih dan berjaya dalam tapisan ini dan mendoakan agar mereka sukses dalam pelajaran dan dapat menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin. 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaJAG~