Sesi Temuduga Biasiswa Norzack Dan 2 Generasi | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Temuduga Biasiswa Norzack dan 2 Generasi

Sesi Temuduga Biasiswa Norzack dan 2 Generasi

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 20 Okt - Sesi temuduga Biasiswa Norzack dan Biasiswa 2 Generasi telah berjalan dengan lancar di Pusat Perhubungan Alumni UPM. Seramai enam orang calon peringkat akhir telah dijemput untuk menghadiri temuduga ini. Mereka ini adalah terdiri daripada keluaga B40 dan asnaf yang mana itu adalah salah satu syarat yang diletakkan dalam pemberian biasiswa ini memandangkan objektif utama penubuhan dan pewujudan biasiswa ini adalah untuk membantu meringkan beban kewangan pelajar yang tidak berkemampuan. 

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, impak yang ingin dilihat daripada pewujudan biasiswa ini adalah seberapa ramai pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan terutama daripada keluarga tidak berkemampuan yang berjaya dibantu dan mereka ini berjaya bergraduat sama seperti pelajar ini. Ini memandangkan pada beliau ilmu yang diperoleh oleh pelajar-pelajar ini, itulah yang akan mengubah masa depan mereka dan juga meningkatkan taraf kehidupan keluarga kelak. 

"Oleh sebab itu, keutamaan adalah kepada mereka yang susah dan cemerlang dalam pengajian. Mereka ini mempunyai potensi yang besar untuk berjaya dan seterusnya mengubah taraf kehidupan mereka," jelasnya. 

Masing-masing akan memilih seorang pelajar yang berjaya dalam sesi temuduga untuk ditaja kelak. iaitu seorang untuk Biasiswa Norzack dan seorang untuk Biasiswa 2 Generasi. kedua-dua mereka ini daripada pelajar peringkat diploma di UPM. 

Bagi pihak penaja pula, masing-masing mengharapkan bakal pelajar yang berjaya nanti menggunakan biasiswa yang diberikan sebaik mungkin dan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dan kembalilah pula suatu hari nanti ke alma mater selaku alumni yang akan menyumbang kembali. kesinambungan ini diperlukan untuk generasi seterusnya. slogan 'daripada alumni kepada UPM' perlu disemat dalam diri demi kelangsung universiti dalam melahirkan insan-insan yang hebat untuk negara, agama dan bangsa.  

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdTA3~