SESI TEMU MESRA BIASISWA NUAIM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI TEMU MESRA BIASISWA NUAIM

SESI TEMU MESRA BIASISWA NUAIM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) terus komited untuk membantu para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memerlukan terutama dari segi bantuan kewangan dan biasiswa.

ARCUPM selaku entiti yang sentiasa menjadi ‘jambatan’ antara alumni dan alma mater, telah melakukan sesi kunjung hormat di pejabat NUAIM Corporationn(M) Sdn. Bhd untuk bertemu bersama Pengarah NUAIM Corporation, Encik Suhaizi Mokhtar.

NUAIM Corporation antara alumni yang sentiasa peka dengan keperluan pelajar UPM terutamanya dalam sumbangan pendanaan biasiswa kepada pelajar dan untuk tahun 2023, NUAIM Corporation sekali lagi meneruskan usaha mereka untuk menaja pelajar UPM yang layak untuk dari kategori mereka yang tidak berkemampuan dan menghadapi masalah kewangan.

Pada sesi temu mesra tempohari juga diadakan sesi menandatangani perjanjian Biasiswa Alumni UPM (Biasiswa NUAIM). Diharapkan pelajar yang terpilih untuk menerima biasiswa ini dapat menggunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin dan jadikan ini sebagai satu pembakar semangat untuk berjaya pada masa hadapan.

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para alumni yang telah menyumbang bakti mereka kepada pelajar dan alma mater. Bersama kita pahatkan slogan ‘Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ untuk sama-sama mendokong visi dan misi untuk menjadi sebuah Universiti terbaik bukan sahaja di peringkat lokal tetapi terus mashyur di peringkat antarabangsa.

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcWAi~