SESI TEMU MESRA BERSAMA ALUMNI, SAUDAGAR NANAS | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI TEMU MESRA BERSAMA ALUMNI, SAUDAGAR NANAS

SESI TEMU MESRA BERSAMA ALUMNI, SAUDAGAR NANAS

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SUNGAI MERAB, 11 Feb – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan satu sesi temu mesra bersama alumni iaitu Encik Noorhardy Mohd Noorzain, Alumni Kelas 1999 dan 2002. Beliau adalah graduan daripada Diploma Pembangunan Sumber Manusia dan Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia.

Pertemuan diadakan di ladang milik beliau iaitu Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak di Sungai Merab, Selangor. Pada sesi temu mesra tersebut ARCUPM secara dasarnya dapat mengembalikan kenangan alumni semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM). Melalui pertemuan ini juga  hasrat untuk menjalinkan kerjasama bersama beliau terutamanya dalam perkongsian ilmu mengenai pengendalian ladang nanas terutamanya kepada pelajar pertanian disambut baik.

Menurut Noorhardy, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk kembali menyumbang kepada alma maternya terutama dalam kepakaranya iaitu bidang pertanian nanas.

“Saya mahu berkongsi pengalaman, perjalanan dan ilmu yang saya ada ini bersama pelajar di UPM iaitu alma mater saya. Di UPM, terutamanya dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) banyak mengajar saya erti hidup, perjuangan, tidak mudah putus asa dan semangat setia kawan. Kejayaan saya pada hari ini juga cukup bererti sebenarnya kepada saya, atas dasar semangat setia kawan, saat saya jatuh mereka hadir menghulurkan tangan dan mengangkat saya kembali bangkit. Jadi saya pernah menerima pertolongan daripada seorang sahabat, dan saya rasa tanggungjawab saya juga untuk terus membantu mereka yang lain pula. Jadi pertama sekali alma mater saya adalah tempat terbaik untuk saya kembali menyumbang. Semoga sumbangan saya itu dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan seluruh warganya,” ujar Noorhardy.

ARCUPM sentiasa mengalu-alukan alumni yang ingin kembali menyumbang kepada Universiti. Tidak kira dalam apa bentuk sumbangan sekalipun selagi ianya memberikan manfaat kepada pelajar, ianya perlu direalisasikan.

Tarikh Input: 27/02/2023 | Kemaskini: 17/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcSAU~