Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 2 Ogos - Pusat Perhubungan Alumni menerima kunjungan daripada Mantan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ybrs. Dr Rohani Ibrahim.
Pertemuan yang berlangsung di bilik Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, itu adalah untuk perkongsian idea oleh alumni dalam usaha memantapkan lagi program dan aktiviti yang boleh membawa alumni kembali ke alma mater.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu, dilihat banyak percambahan-percambahan idea dalam usaha mewujudkan kepelbagaian aktiviti dan program yang lebih melibatkan pelajar dan alumni secara langsung.
Pusat Perhubungan Alumni merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Dr. Rohani Ibrahim atas kesudian hadir dan bersama-sama cakna dengan kepentingan alumni kepada alma mater.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 09/08/2024 | Kemaskini: 09/08/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor