Sesi Temu Mesra ARCUPM Bersama UPM Holdings Sdn Bhd | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Temu Mesra ARCUPM Bersama UPM Holdings Sdn Bhd

Sesi Temu Mesra ARCUPM Bersama UPM Holdings Sdn Bhd

Oleh : Suziana Che Wil 

 

SERDANG - Sesi perbincangan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama UPM Holdings Sdn Bhd bagi penajaan Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming Xl 2022. ARCUPM ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada UPM Holdings atas penajaan Pakej Topaz bagi majlis ini.

Sesi yang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud dan Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar ini berlangsung dengan lancarnya dengan UPM Holdings Sdn Bhd bersetuju untuk menaja Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI, 2022. Kerjasama yang dizahirkan ini menandakan kebersamaan dalam melancarkan program universiti yang mana Pusat Perhubungan Alumni bertindak selaku sekretariat program. 

Majlis yang bakal menghimpunkan alumni UPM dari seluruh negara ini merupakan acara tradisi yang diadakan sejak 2001 dan ianya diadakan secara dwi-tahunan. Namun edisi 2020 tidak dapaty diadakan disebabkan negara dilanda wabak pandemim Covid-19.

Manakala edisi 2022 ini majlis kembali diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada seluruh alumni UPM untuk kembali ke alma mater. Ruang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk melestarikan matlamat dalam penghebahan setiap perkembangan dan kejayaan yang sudah diraih oleh UPM. 

Pada majlis ini juga DYMM Tuanku Canselor turut berkenan hadir dan ini adalah tanda sokongan terbesar dan seterusnya memberi semangat dan jiwa yang membara dalam kalangan alumni UPM untuk sama-sama hadir dan memeriahkan majlis ini. 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 11/04/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETMAu~