Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 29 Oktober – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan Sesi Temu Mesra Alumni UPM bersama Dr. Muhamad Ridhwan bin Affendi, Pengarah Zoo Taiping & Night Safari, yang juga merupakan Alumni UPM Kelas 2006 dan 2011.

Pertemuan ini menjadi medan perkongsian idea dan pandangan ke arah menjalin kerjasama strategik antara ARCUPM dan Zoo Taiping & Night Safari. Pelbagai cadangan kolaborasi turut dibincangkan, khususnya dalam aspek pembangunan pelajar, penyelidikan, serta peluang pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang boleh memberi manfaat kepada komuniti universiti dan industri.
Sesi ini turut memperkukuh hubungan baik antara universiti dan alumninya yang kini menerajui pelbagai institusi penting di peringkat nasional. Ia sekali gus mencerminkan komitmen berterusan ARCUPM dalam memperluas jaringan profesional alumni UPM di pelbagai sektor.

Kesimpulannya, inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara alumni dan alma mater, tetapi juga membuka peluang kepada pelaksanaan kolaborasi bermakna yang mampu memberi impak positif kepada UPM, alumni, serta masyarakat secara keseluruhan.
Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 15/01/2026 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor