Sesi Temu Duga Biasiswa Alumni Cuckoo 2.0 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Temu Duga Biasiswa Alumni Cuckoo 2.0

Sesi Temu Duga Biasiswa Alumni Cuckoo 2.0

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 16 Mei - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi temuduga calon Biasiswa Cuckoo 2.0 yang telah dijalankan pada hari ini. Temuduga pada hari ini telah diketuai oleh Ketua Panel, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni YBrs. Dr. Mokrish Md. Ajat, turut dihadiri oleh wakil penaja dan juga bahagian akademik.

Terdahulu, Biasiswa Cuckoo telah diperkenalkan bermula 2018 dan terbuka kepada pelajar semester kedua dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Tempoh pengajian pelajar selama empat (4) tahun akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak penaja biasiswa. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen yang dizahirkan oleh alumni UPM dalam usaha untuk membantu alma mater dan pelajar UPM khususnya.

 

Diharapkan melalui sumbangan biasiswa dan bantuan kewangan ini, dapat membantu pelajar UPM dalam sesi pembelajaran mereka dan menjadi dorongan kepada kejayaan mereka dan dapat bergraduat seperti pelajar dan rakan-rakan yang lain.

Pihak ARCUPM sentiasa menyokong penuh hasrat alumni UPM yang ingin kembali menyumbang bakti kepada universiti. Semoga jalinan kerjasama yang kukuh ini akan berterusan untuk manfaat warga UPM terutama para pelajar yang memerlukan bantuan.

Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:03:00~noCache