SESI SERAHAN SUMBANGAN BAJU DARIPADA KLSCCCI KEPADA PELAJAR KOSASS | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI SERAHAN SUMBANGAN BAJU DARIPADA KLSCCCI KEPADA PELAJAR KOSASS

SESI SERAHAN SUMBANGAN BAJU DARIPADA KLSCCCI KEPADA PELAJAR KOSASS

Oleh: Suhadatul Fatonah Jusip @ Yusop

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 29 September – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) telah mengadakan satu program serahan sumbangan pakaian kepada 30 orang pelajar terpilih dari Kolej Sultan Aleddin Suleiman Shah (KOSASS). Majlis ringkas untuk sesi serahan sumbangan tersebut telah diadakan pada pukul 2.30 petang di Balai Minda KOSASS dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

Simbolik penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negara KLSCCCI, Datuk Wira Richard Lau Chi Chiang dan Pengetua KOSASS, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad. Turut diadakan juga sesi penyerahan cenderamata oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar kepada Datuk Wira Richard Lau.

Pihak ARCUPM sempat menemu bual pelajar yang terpilih untuk menerima sumbangan ini antaranya, Saudara Muhammad Farhan dari Fakulti Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Beliau menzahirkan rasa terharu dan berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan. Menurutnya, bukan mudah untuk mendapat peluang bekerjasama dengan nama yang besar seperti ini dan bagi beliau program seperti ini menunjukkan sikap prihatin komuniti dan juga Pusat Perhubungan Alumni kepada pelajar yang memerlukan.

Bagi Saudari Siti Nur Aisyah dari Fakulti Pengajian Pendidikan pula berkata, sebagai MPK (Majlis Perwakilan Kolej) yang baru, peluang bekerjasama dengan nama yang besar adalah satu pengalaman baru buat mereka. Mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wira Richard Lau atas sumbangan yang diberikan serta pihak ARCUPM dalam menjayakan majlis serahan tersebut.

Warga ARCUPM amat berbesar hati untuk terlibat dalam majlis ini. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha menuntut ilmu dan berbakti kepada bangsa dan negara seiring dengan moto UPM, “Berilmu, Berbakti”.

Tarikh Input: 02/10/2023 | Kemaskini: 11/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcGAj~