SESI PODCAST KHAS BERSAMA ALUMNI UPM SEMASA MEET & GREET 4.0 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI PODCAST KHAS BERSAMA ALUMNI UPM SEMASA MEET & GREET 4.0

SESI PODCAST KHAS BERSAMA ALUMNI UPM SEMASA MEET & GREET 4.0

Oleh: Ahmad Amirul

Serdang, 11 Februari 2026 – Program Meet & Greet 4.0 Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) turut diisi dengan sesi podcast khas bersama alumni, yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh inspirasi.

Sesi podcast ini menampilkan pelbagai perkongsian menarik, termasuk perjalanan kerjaya alumni, pengalaman sepanjang bergelar pelajar, serta pandangan mereka tentang peranan alumni dalam memperkasa universiti. Aktiviti ini bukan sahaja membuka ruang dialog yang lebih dekat antara alumni dan komuniti universiti, tetapi juga menjadi platform untuk mengetengahkan suara serta kisah kejayaan Alumni UPM.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua alumni yang sudi berkongsi pengalaman dan pandangan mereka, serta kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan rakaman podcast ini. Diharapkan perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh komuniti Alumni UPM.

Tarikh Input: 13/02/2026 | Kemaskini: 13/02/2026 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (07:52:03am-07:57:03am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]