SESI PERJANJIAN BIASISWA YAYASAN PEKEMA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI PERJANJIAN BIASISWA YAYASAN PEKEMA

SESI PERJANJIAN BIASISWA YAYASAN PEKEMA

OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur


Cyberjaya, 20 Februari -
Sesi serahan dokumen tawaran dan perjanjian biasiswa Yayasan Pekema diberikan kepada salah seorang pelajar cemerlang, Ammar Hidayat Bin Md Basrah. Ini merupakan satu pencapaian besar bagi Ammar dan tentunya menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai pelajar UPM untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Sesi yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh barisan pemimpin Yayasan Pekema, termasuk YBHG. Datuk Hj. Mohamed Nazari Noordin, Presiden PEKEMA, YBHG. Dato' Hj Wan Sazrudeen Dato' Hj. Wan Zaid, Timbalan Presiden PEKEMA, YBHG. Dato' Hj. Zainuddin Abd Rahman, Penasihat PEKEMA, Encik Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid, Setiausaha Kehormat, dan Encik Mohd Hafiz Abdul Rashid, Wakil PEKEMA. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen Yayasan Pekema dalam menyokong pendidikan dan perkembangan pelajar cemerlang negara.


Selain itu, pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, juga turut hadir memberikan sokongan. Kerjasama antara Yayasan Pekema dan UPM ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang untuk para pelajar meneruskan pengajian dengan bantuan biasiswa yang disediakan.

Kami di Pusat Perhubungan Alumni UPM berbangga dengan pencapaian Ammar dan mendoakan agar beliau terus berjaya dalam perjalanan akademik dan seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (01:24:54pm-01:29:54pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]