SESI PERBINCANGAN TABUNG TESIS DAN YAYASAN PAK RASHID | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI PERBINCANGAN TABUNG TESIS DAN YAYASAN PAK RASHID

SESI PERBINCANGAN TABUNG TESIS DAN YAYASAN PAK RASHID

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

 

SERDANG, 3 Feb – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sentiasa komited dalam mencari dan berusaha ke arah pewujudan tabung dan pendanaan biasiswa dan bantuan kewangan untuk para pelajar Universiti Putra Malaysia. Inisiatif ini adalah untuk melihat tiada seorang pun pelajar yang tercicir disebabkan oleh masalah kewangan.

Kekangan kewangan di kalangan pelajar menjadi agenda penting yang perlu diambil cakna bukan sahaja oleh pihak Universiti tetapi juga perlu menjadi agenda dan diketengahkan kepada para alumni Universiti yang sudah berjaya. Menyedari tanggungjawab dan peranan besar itu, ARCUPM sentiasa menjadi jambatan penghubung  di antara alumni dan Universiti untuk mereka kembali menyumbang dan seterusnya disalurkan kepada para pelajar yang memerlukan.

Rentetan daripada rasa kebersamaan itu, Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) diwujudkan bagi menyediakan sumbangan endowmen untuk tujuan pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang daripada golongan B40 dan ianya juga terbuka kepada semua pelajar yang layak dan memerlukan.

Jika Yayasan Pak Rashid memberi tumpuan dan keutamaan kepada pelajar daripada bidang pertanian, istimewanya biasiswa TESIS ini terbuka kepada semua pelajar semester satu, sesi 2023/2024 peringkat bacelor dan semua jenis bidang pengajian.

Bagi penerima biasiswa TESIS juga perlu aktif dalam bidang kokurikulum pada tahun satu dan mempunyai nilai tambah dalam kemahiran insaniah antaranya keusahawanan, kepimpinan dan kesukarelawan. Ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2125, matlamat satu iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 16/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaFAZ~