Sesi Perbincangan & Serahan Replika Cek Sumbangan Biasiswa Alumni UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Perbincangan & Serahan Replika Cek Sumbangan Biasiswa Alumni UPM

Sesi Perbincangan & Serahan Replika Cek Sumbangan Biasiswa Alumni UPM

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Cyberjaya, 3 Oktober - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah melaksanakan Program Biasiswa Yayasan PEKEMA. Matlamat biasiswa ini adalah untuk menyokong pelajar daripada golongan B40 yang cemerlang dalam akademik supaya mereka dapat meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Pada tahun ini, Yayasan PEKEMA akan menaja seorang pelajar dengan biasiswa berjumlah RM30,000.00, yang merangkumi keseluruhan kos pengajian selama empat tahun di UPM.

Presiden PEKEMA, YBhg Datuk Haji Mohamed Nazari Bin Noordin, telah menyerahkan replika cek sumbangan biasiswa ini kepada Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Profesor Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, yang turut disaksikan oleh ahli-ahli Exco PEKEMA. Turut hadir Timbalan Presiden PEKEMA, Dato’ Hj Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid, Naib Presiden YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin, Setiausaha Kehormat Encik Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid, serta Encik Mohd Hafiz Bin Abdul Rashid dari Biro Perhubungan Kastam & Logistik.

Semoga dengan biasiswa ini dapat membantu pelajar yang memerlukan dan menjadi semangat untuk pelajar.

Terima kasih alumni yang sudi menyumbang. Pusat Perhubungan Alumni UPM amat mengalu-alukan alumni yang ingin kembali ke alma mater.

-akan dikemaskini-

Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 08/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (04:34:02am-04:39:02am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]