Sesi Perbincangan Biasiswa 2 Generasi Bersama Penaja | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Perbincangan Biasiswa 2 Generasi Bersama Penaja

Sesi Perbincangan Biasiswa 2 Generasi Bersama Penaja

 

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Sesi perbincangan Biasiswa 2 Generasi bersama penaja biasiswa dan juga pihak Bursar UPM telah pun diadakan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pemberian biasiswa kepada pelajar yang bakal menerima tajaan daripada Biasiswa 2 Generasi. 

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, pelukis batik canting 2 Generasi sekaligus penaja biasiswa, Encik Isnain Ali dan Encik Alif Akram Isnain, Ketua Seksyen Jaringan Industri & Geran Alumni, Encik Muhamad Fudhayl Omar dan wakil daripada pihak Bursar.  

Seorang pelajar peringkat diploma akan ditaja sehingga tamat pengajian di UPM yang membabitkan kos yuran pengajian akan ditaja disepenuhnya melalui biasiswa yang bakal diterima oleh pelajar berkenaan. Pelajar cemerlang daripada keluarga asnaf dan B40 akan diberikan keutamaan dalam penajaan ini. Ini bertepatan dengan objektif pendanaan biasiswa ini iaitu untuk meringkankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pelajar yang kurang berkemampuan ini. 

Inisiatif ini dilihat satu perkembangan positif dalam keterlibatan alumni UPM dalam kembali menyumbang kepada alma mater. Universiti menerusi ARCUPM dan Persatuan Alumni UPM giat mencari pendanaan biasiswa dari kalangan alumni di luar sana dalam usaha membantu meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan ini. Sekurang-kurangnya bantuan kewangan ini dapat memberikan harapan kepada para pelajar ini untuk sama-sama berjaya hingga bergraduat. 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbJAa~