Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Bintulu, 26 September - Sesi perbincangan yang diadakan ini melibatkan YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), bersama tiga orang wakil dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Wakil-wakil tersebut ialah Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB, Puan Hairunisah Abdul Rahman, Ketua Bahagian Alumni UPMKB, dan Cik Nurul Syahmah Matsah, Pegawai Eksekutif 4 Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB.
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu dan potensi kerjasama dalam memperkukuh hubungan alumni di Kampus Bintulu. Ia juga memberi tumpuan kepada langkah-langkah strategik yang boleh diambil untuk melibatkan alumni dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh kampus, di samping memastikan mereka kekal terhubung dengan alma mater. Melalui perbincangan ini, ARCUPM dan pihak UPMKB juga dapat berkongsi pandangan dan cadangan mengenai usaha-usaha memperkasa peranan alumni dalam menyokong perkembangan kampus, khususnya dalam bidang akademik, penyelidikan, dan pembangunan pelajar.
Sesi ini diharap akan menghasilkan pelan tindakan yang lebih berkesan untuk menghubungkan alumni di seluruh negara, terutamanya mereka yang berada di Bintulu dan kawasan sekitar, serta memperkasakan lagi kerjasama antara alumni dan universiti.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor