Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 29 Mei - Alumni kembali ke alma mater adalah perkara yang amat membanggakan oleh seluruh warga UPM. Salah satu cara alumni kembali ke alma mater adalah dengan penajaan biasiswa bagi membantu pelajar meneruskan pelajaran dengan jayanya. Ini juga menjadi pembakar semangat kepada pelajar sehingga berjaya dan tidak lupa kepada alma mater kelak.
Dengan berbesar hati, Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Mohd Hafiz Abdul Rashid (Pengarah Urusan RJH Consultans & Services) selaku penaja Biasiswa Alumni RJH dan Puan Nur Atifah Mohd Ariffin (Eksekutif Pemasaran RJH Consultans & Services) atas kesudian menjayakan sesi serahan tawaran dan perjanjian Biasiswa Alumni RJH yang telah dijalankan bertempat di ARCUPM pada hari ini.
Tahniah diucapkan kepada Saudari Siti Zahra Farisa Peris yang telah terpilih selaku penerima pertama Biasiswa Alumni RJH. Diharapkan melalui sumbangan biasiswa dan bantuan kewangan ini, dapat membantu saudari dalam sesi pembelajaran dan menjadi dorongan kepada kejayaan.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 02/07/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor