Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid
Disunting Oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 13 Januari 2026 – Sesi Penilaian Pelajar Latihan Industri Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia telah berlangsung dengan lancar dan jayanya bersama Dr. Arba’ie Sujud selaku Pensyarah Pemantau Latihan Industri Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Sesi ini diadakan bagi menilai pencapaian, prestasi serta perkembangan kemahiran pelajar sepanjang tempoh latihan industri yang dijalani.


Dua orang pelajar latihan industri ARCUPM telah terlibat dalam sesi penilaian ini, iaitu Nur Fazrini Alia Abd Majid yang berada di bawah penyeliaan Puan Suziana Che Will, serta Nur Syamimi Mohd Nor yang diselia oleh Puan Nur Sahira Faghira Tahrir Adli. Sesi penilaian ini memberi ruang kepada pelajar untuk membentangkan hasil pembelajaran, pencapaian tugasan, serta refleksi kendiri sepanjang menjalani latihan industri.
Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar turut berkongsi pengalaman, pembelajaran dan cabaran yang dihadapi, sekali gus mencerminkan tahap komitmen, profesionalisme serta kesediaan mereka dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sebenar. Perbincangan yang dijalankan turut memberi maklum balas membina bagi membantu pelajar menambah baik kemahiran dan potensi diri.


Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pelajar atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang latihan industri. Diharapkan pengalaman ini menjadi platform terbaik dalam membentuk kemahiran insaniah, daya kepimpinan, etika kerja serta keyakinan diri, seterusnya melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada organisasi serta masyarakat.
Tarikh Input: 14/01/2026 | Kemaskini: 14/01/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor