SESI PENILAIAN JURI BAGI PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI PENILAIAN JURI BAGI PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2023

SESI PENILAIAN JURI BAGI PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2023

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 16 Ogos – Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) antara salah satu PTJ yang menyertai pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2023. Semua staf dan pegawai ARCUPM terlibat dan memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan serta memeriahkan pertandingan ini.

Persiapan untuk pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2023 telah diketuai oleh Cik Afifatus Shahira dan dibantu oleh staf ARCUPM. Juri hadir ke ARCUPM bagi membuat penilaian kreativiti warga ARCUPM. Pihak juri dijemput oleh Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arbai’e Sujud serta Timbalan Pengarah, Encik Fahmi Azar Mistar.

Tema kreativiti yang telah dibawa oleh ARCUPM pada kali ini adalah 'Pilihanraya' bersempena musim mengundi yang baru sahaja selesai pada 12 Ogos 2023. Bermulanya sesi penilaian apabila pihak juri membuang undian ke dalam peti undi yang disediakan.

Selain itu, staf ARCUPM turut melakonkan semula watak ke semua 10 Perdana Menteri (PM) bermula dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman sehingga PM sekarang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Lakonan pendek tersebut mencerminkan setiap perdana menteri pada zaman masing-masing.

Staf ARCUPM turut menggunakan barang terpakai untuk membuat keretapi bagi menceritakan perubahan zaman yang semakin moden dari keretapi tanah melayu ke keretapi elektrik termasuk MRT, LRT dan Monorel. 

Sesi penilaian ini berakhir dengan lancar dan semua persembahan serta kreativiti yang ditunjuk hanya dalam masa yang ditetapkan oleh pihak juri iaitu selama 15 minit sahaja.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 27/02/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdBA5~